Selasa, 2 Februari 2016

Mukhriz nafi disuruh tandatangan surat letak jawatan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan laporan bahawa beliau disuruh menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
 
Mukhriz turut menyifatkan dakwaan beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah seperti dilaporkan sesetengah media arus perdana dan blog sebagai pembohongan semata-mata.
 
"Dakwaan dalam media arus perdana dan blog bahawa saya disuruh oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk meletak jawatan dengan menandatangani surat, tetapi kononnya saya enggan melakukannya sebanyak dua kali adalah satu pembohongan semata-mata," katanya.
 
Kenyataan Mukhriz itu disiarkan melalui laman Facebook Mukhriz Mahathir FC.
 
 

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ini semua kerja penyangak2 yg menyokong "jerung berkepala putih" yg mahukan MB yg ada kini letak jawatan.