Isnin, 15 Februari 2016

Mahathir cabar AG sumpah junjung al-Quran

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Peguam negara harus bersumpah dengan al-Quran bahwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan perdana menteri dengan rasuah, cabar Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai orang Islam yang baik, kata Mahathir, Tan Sri Mohamed Apandi Ali harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu.

“Dia tidak patut menipu dengan bersumpah lain dalam hati, tetapi bersumpah kuat perkara lain pula.

“Ini akan jadi dosa berganda. Dia akan masuk neraka yang lebih teruk,” kata Mahathir.

Tiga minggu lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu kemasukanw ang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan dakwaan skandal RM42 juta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Beliau juga mengarahkan kes itu ditutup dan tiada tindakan lanjut diambil.

Tiada ulasan: