Rabu, 3 Februari 2016

Krisis Kedah: Jangan sampai jejas pentadbiran, rakyat

Krisis kedah


SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengingatkan barisan kepimpinan di Kedah agar krisis yang sedang melanda negeri itu tidak menjejaskan pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat.

Menurutnya, rakyat perlu diutamakan daripada agenda peribadi.

“Pas istiqamah di dalam isu penukaran Menteri Besar Kedah, minta supaya dibawa dan bincang dalam Dun.

“Menteri besar bukan JKK (Jawatankuasa Kampung) yang perintah kampung sahaja tetapi ia menentukan hala tuju sebuah negeri dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Krisis Kedah bermula sejak 20 Januari lalu apabila 14 Ketua Umno Bahagian mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.

Setelah berlarutan sehingga hari ini, Mukhriz akhirnya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi selepas dimaklumkan beliau hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu

Tiada ulasan: