Ahad, 7 Februari 2016

Kit Siang: UMNO bukan lagi pilihan anak muda Malaysia

kit siang malaysia

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: UMNO bukan lagi pilihan anak muda di negara ini kian bosan dengan permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menlindungi dakwaan skandal rasuah terhadapnya.

Ia berikutan Najib mendiamkan mana-mana pemimpin UMNO yang mengkritiknya dari menjawab segala dakwaan salah laku rasuah dalam dua mega skandal.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, segenap lapisan rakyat termauk golongan muda mahukan jawapan memuaskan terhadap dakwaan salah laku dua skandal itu.

“Yang orang muda bukannya mahu kelulusan projek RM15 juta tetapi mahukan jawapan memuaskan mengenai skandal ‘derma’ RM2.6 bilion dan skandal RM55 bilion 1MDB yang memalukan negara di mata dunia.

“Ini bukan sahaja luahan aktivis Pemuda UMNO Pulau Pinang tapi ia mewakili luahan hati seluruh golongan muda sama ada dalam UMNO ataupun tidak,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut memetik luahan aktivis berkenaan yang mengakhirinya dengan ungkapan: “Bukan UMNO ini yang kami mahukan…”

Mengulangi saranan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuh bagi menyiasat skandal itu, Kit Siang juga meminta Najib supaya tidak berselindung di belakang Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.


Tiada ulasan: