Isnin, 8 Februari 2016

Kematian Harimau Satu Kemalangan - Perhilitan

Oleh: THE STAR
 
 
 
 
PETALING JAYA: Pemandu kereta yang melanggar seekor harimau di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu tidak akan didakwa kerana menyebabkan kematian haiwan tersebut.

Seorang jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memberitahu The Star bahawa ia merupakan kemalangan, dan pemandu terbabit melaporkan kemalangan itu sejurus selepas ia berlaku.

Pemandu berkenaan membuat pengakuan melanggar seekor harimau di LPT2 pada waktu tengah malam, menerusi satu 'posting' di Facebook.

Menerusi kenyataan itu, pemandu itu memberitahu hanya melihat harimau tersebut kira-kira lima meter dari kenderaannya.

Harimau tersebut mati di tempat kejadian.

Pegawai Perhilitan kemudiannya melakukan bedah siasat ke atas harimau itu dan didapati sedang bunting.

Sebelum ini dilaporkan kawasan lebuh raya itu berdekatan dengan hutan simpan.

Tiada ulasan: