Ahad, 7 Februari 2016

Kedutaan Malaysia kesal media Indonesia lapor Mukhriz dipecat Najib

FREE MALAYSIA TODAY


Laporan berita beberapa akhbar di Indonesia mengenai isu peletakan jawatan Menteri Besar Kedah didapati tidak tepat dan mengelirukan.


zahrain,indon


JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini, kesal terhadap laporan berita oleh beberapa akhbar di Indonesia mengenai isu peletakan jawatan Menteri Besar Kedah yang didapati tidak tepat dan mengelirukan.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata media tempatan Indonesia didapati menyiarkan berita kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memecat Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, kedutaan ingin memberi penjelasan bahawa Mukhriz tidak dipecat, sebaliknya terpaksa meletak jawatan kerana tidak mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Kedah.

“Kebanyakan akhbar di Indonesia menyiarkan berita ‘Putera Mahathir di depak’ yang bermaksud anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat sedangkan dalam sistem pentadbiran di Malaysia, seseorang Menteri Besar atau Ketua Menteri terpaksa meletak jawatan jika tidak lagi mendapat sokongan ADUN masing-masing,” katanya kepada BERNAMA di sini.

Beliau berkata, laporan tidak tepat itu mungkin disebabkan wartawan di Indonesia tidak memahami sistem pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan di Malaysia dan mereka sepatutnya membuat kajian mendalam sebelum menulis berita mengenai isu politik sesebuah negara.-BERNAMA

Tiada ulasan: