Khamis, 11 Februari 2016

JPN Johor tentukan nasib guru besar SJKC Pai Chee

 
"Sebagai penjawat awam, anda tertakluk kepada perintah am penjawat awam."


jpn-johor_sjk_600


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor untuk menentukan nasib guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing yang didakwa mengamalkan perkauman.

“Kita serahkan kepada jawatankuasa tatatertib di bawah JPN. Selepas siasatan, perkara ini akan dibawa kepada mereka untuk diputuskan.

“Kita cakap soal pentadbiran. Sebagai penjawat awam, anda tertakluk kepada perintah am penjawat awam. Sesiapa yang didapati melanggar akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib,” katanya lagi sambil menegaskan isu tersebut bukan perkauman.

Guru Besar tersebut sebelum ini dipindahkan sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sementara siasatan beliau mendiskriminasi tiga guru Melayu di sana selesai.

Insiden yang tersebar meluas di media sosial bulan lalu bermula selepas seorang guru sekolah itu, Salina Daud membuat laporan polis selepas mendakwa bapa seorang murid menyerangnya.

Dalam laporan polis itu, beliau mendakwa tiada siapa termasuk guru besar yang datang berbincang selepas beliau membawa perkara itu.

Beliau juga mendakwa sudah wujud insiden perkauman di sekolah tersebut, selepas guru besar pernah cuba menghalau guru Melayu sekolah itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah yang baharu itu juga memaklumkan tiga guru Melayu yang terlibat sudah dipindahkan ke sekolah lain.

Tiada ulasan: