Jumaat, 26 Februari 2016

Himpunan 365 Bebas Anwar: Polis siasat Selangorkini

Anne Muhammad

 


Akhbar mingguan rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini, dilaporkan sedang disiasat polis kerana didakwa menyiarkan berita politik berikutan Ekoran laporan bertajuk "Lebih 3,000 gegar Himpunan 365 Bebas Anwar".





Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi menemui pihak pengurusan syarikat percetakan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd di Seksyen 16 Shah Alam.

Jurucakap syarikat itu berkata polis bertanya mengenai penyiaran bahan berita yang dianggap berunsur politik.

Katanya, akhbar yang disiasat itu adalah edisi 12 - 19 Februari.

“Menurut pegawai polis, Selangorkini tidak boleh menyiarkan berita berunsur politik dan berkaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu jurucakap Selangorkini enggan memberi sebarang komen, sebaliknya memberitahu mereka akan membuat kenyataan melalui peguam selepas ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din pula ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas laporan tersebut.

“Saya tidak dapat sahkannya,” kata Mohd Zani ringkas.


Tiada ulasan: