Isnin, 15 Februari 2016

Hati-hati dengan pemilihan lambakan produk yang ada bahan kimia - Pakar

 Oleh Nur Atiqah Abdul Samad

 
Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Sudah menjadi lumrah manusia ingin kelihatan cantik dan kurus dimata orang tersayang mahu pun berdepan dengan orang ramai.
 
Tetapi ramai yang tidak sedar atau tidak tahu kesan buruk yang bakal dialami selepas mengamalkan produk-produk yang menjanjikan kesan dalam masa yang singkat.
 
Menurut pakar sakit tuan Dr Ismail Tambi, produk seperti ini selalunya mengandungi bahan kimia yang tinggi, justeru tidak mustahil perubahan itu dapat dirasai dalam masa yang cepat tetapi mendapat kesan buruk untuk tempoh jangka masa yang panjang. 
 
Ini jelasnya, badan seseorang itu tidak memerlukan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang tersebut, apatah lagi dalam kuantiti yang tinggi. 
 
"Badan kita tak perlukan bahan-bahan logam semua ini, kalau banyak sangat boleh memudaratkan kesihatan. Contoh arsenik, kalau lama-kelamaan mengambilnya, kita akan dapati gigi rosak, rambut gugur, kulit mula-mula memang akan cantik tetapi lama-lama ia akan berkedut. 
 
"Merkuri juga memberikan kesan yang sama untuk tempoh jangka masa panjang.
 
"Kebanyakan bahan-bahan ini dimasuk secara berlebihan, tak dinafikan makanan yang kita makan memang ada bahan kimia tapi ia hanya sedikit.
 
"Produk untuk kuruskan badan biasanya (ada) bahan-bahan untuk meningkatkan metabolisme dalam badan kita seperti sibutramine, afitderian, tiroxin. Macam-macam bahan kimia yang kononnya boleh meningkatkan metabolisme tapi prduk-produk yang mempunyai bahan-bahan ini memerlukan kebenaran KKM.
 
"Kalau dimakan tanpa kawalan sudah tentu boleh rosakkan sistem dalaman seperti buah pinggang, hati. 
 
"Kita cuma tahu kita nak benda tu, secara mudah kita fikir benda tu berlaku tapi kita tak tahu apa bahan yang boleh menyebabkan perubahan yang bakal berlaku. Mungkin perubahan yang berlaku tu boleh memudaratkan kesihatan," jelasnya dalam satu wawancara bersama Antarapos. 
 
Tambah beliau lagi, adalah lebih baik pengguna yang mahu tampil cantik atau kurus ini merujuk kepada pakar yang bertauliah dalam mendapatkan produk yang sesuai.
 
"Produk-produk yang ada sistem etika dan kawalan, sayar rasa tak ada masalah seperti Amway, Herbalife, Usana, Shaklee. Produk ini ada sistem dan tidak boleh dipertikaikan. 
 
"Kalau kita memerlukan produk kesihatan, kita boleh pergi ke farmasi untuk beli produk yang sesuai dan elok. Kita juga boleh dapat pandangan dan maklumat daripada ahli farmasi yang mempunyai etika dalam menjual produk," ujarnya.  
 
Tegasnya, pengguna hendaklah berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang tidak tahu kesan yang bakal dialami.
 
"Kita ni suka dengar orang cakap, dengar saja ada promosi kita beli tapi kita tak tahu produk tu tak sesuai untuk kita atau mendatangkan alahan. 
 
"Yang kita nampak ni keperluan diri kita sama perlu atau tak dan kena tanya diri sendiri, guna produk ni boleh datangkan masalah atau tidak. Fikir baik-baik selamat atau tak.
 
"Kita kena lebih berwaspada, kena bertanya, ambil tahu, buatlah sedikit kajian sebelum beli mana-mana produk," katanya.   


Tiada ulasan: