Isnin, 1 Februari 2016

Cari waris: Bayi ditinggal dalam wad 64 hari

 Cari waris: Bayi ditinggal dalam wad 64 hari


SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling sedang mengesan ibu kandung atau waris bayi yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 15 November lalu bagi tujuan penempatan kanak-kanak.

Menurut Pegawainya, Ishak Muhammad, bayi itu ditinggalkan di Wad 7A selama 64 hari dan ibunya bernama Erlina Jabat, warganegara Indonesia.

“Siasatan telah dibuat ke alamat pendaftaran di hospital dan mendapati tiada sesiapa mengenali ibu kandung terbabit.

“Maklumat ibu kandung itu diperlukan untuk penempatan, pengurusan dokumen dan hal-hal berkaitan kanak-kanak pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bayi berkenaan diletakkan sementara dalam jagaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu atau waris bayi terbabit boleh menghubungi Pegawai Pelindung JKM, Mohd Nizam Mat Napi di talian 03-78422584 atau 03-78422587,” katanya.



Tiada ulasan: