Rabu, 3 Februari 2016

Bercinta dengan pilot, Fara Fauzana tutup mulut

Fara Fauzana
Fara Fauzana
 

BARU-BARU ini tersebar spekulasi mengaitkan penyampai radio hotfm, Fara Fauzana, 36, yang dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang juruterbang.

Biarpun khabar angin itu mendapat perhatian meluas, tuan badan bagaimanapun mengunci erat setiap kenyataan berhubung perkara itu dan cuba mengelak setiap kali diajukan soalan.

“Maaf, saya tidak mahu menjawab. Saya tahu anda semua menyayangi saya dan saya juga sayang anda,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Boboiboy, di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Beberapa hari lalu, gosip ini mula diperkatakan setelah tersiarnya artikel di ruangan sebuah akhbar kisah percintaannya.

Dalam perkembangan terbaharu, Fara terlibat dalam pembikinan filem animasi Boboiboy yang akan ditayangkan pada 3 Mac ini.


Tiada ulasan: