Ahad, 7 Februari 2016

Banjir Johor: Jumlah mangsa banjir di Johor bertambah kepada 69 hari ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LEDANG:  Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 69 orang pagi ini berbanding 55 orang malam tadi berikutan paras air meningkat di beberapa kampung yang terlibat di daerah Ledang. 
 
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Ledang Mohd Shahrizan Abd Aziz berkata jumlah mangsa bertambah apabila air di Sungai Cohong dan Sungai Asahan melimpah menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami air.
 
"Sehingga kini seramai 69 orang daripada 13 keluarga dari Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam dan Kampung Tanjong Laboh telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sialang," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Mohd Shahrizan yang juga sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tangkak berkata mangsa yang dipindahkan itu termasuk seorang kurang upaya dan empat bayi.
Beliau berkata semua agensi terlibat diminta membuat pemantauan keadaan dari semasa ke semasa.
 
Pusat pemindahan tersebut mula dibuka sejak pukul 6 petang semalam.
 
 

Tiada ulasan: