Sabtu, 13 Februari 2016

Ahli Amanah Sertai PAS Semula? Salahuddin Nafi Kenyataan Takiyuddin

KELAB GREENBOC


Ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.

Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.

“Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.

“Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH,” katanya kepada FMT.

Semalam, Takiyuddin mengesahkan kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut membidas tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN.

“Memang agenda mereka (PAS) untuk mengelar kita PAN walaupun kita sudah mendaftar dengan ROS dengan nama AMANAH, kerana perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil kita AMANAH.

“PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu ‘busuk hati’ terhadap AMANAH dan kepada kami yang keluar daripada PAS untuk menubuhkan AMANAH,” katanya. -FMT

Takiyuddin dakwa ahli AMANAH kembali sokong PAS

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

"Saya sebut (ada anggota Amanah sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah.

"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.

"AMANAH perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka.
-Bernama

ULASAN GB

PAS kini nampaknya begitu tertekan sehingga membuat kenyataan menyatakan "ada anggota AMANAH yang sertai PAS semula" sedangkan apa yang berlaku ialah disebaliknya: iaitu semakin ramai yang meninggalkan PAS dan menyertai AMANAH.

PAS dilhat sudah memutar jarum ke belakang, membawa falsafah perjuangan Dato Asri - "Islamic Nasionalisme". Bersama-samanya ialah apa yang dilakukan oleh UMNO seperti gejala politik samseng, memfitnah, memaki hamun, mengugut, mengancam dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang bukan PAS di dalam kerajaan khususnya di negeri PAS berkuasa.


Yang keluar PAS menyertai AMANAH bukan calang-calang orang. Ada di antara mereka telah menyertai PAS berpuluh tahun, ada diantara mereka telah menyertai PAS sebvelum daripada Takuyiddin dan Presiden PAS sendiri. Mengapa mereka keluar? Kerana mereka sudah melihat PAS yang ada kini sudha tidak sama dengan PAS yang mereka perjuangkan selama ini. PAS sudah tidak ada roh Islamiah di dalamnya. Budaya singkir-menyingkir, budaya boo mengeboo, budaya ancaman dan ugutan - itu semua tidak pernah ada di dalam PAS sebelum ini.

Berbalik kepada isu ada ahli AMANAH yang sertai PAS, itu hanyalah dongeng Takiyuddin. Dahulu, digembargemburkan ada seornag dari Telok Mas, Syeikh Barakar namanya konuduh murtad. non beliau ahli AMANAH yang sertai PAS. Dibawanya Bakar ini ke hulur ke hilir, tetapi akhirnya Bakar tinggalkan PAS dan sertai AMANAH semula. Katanya "orang PAS menuduhnya murtad jika tinggalkan parti PAS".

"Itu dah tak betul. Jadi saya lihat PAS itu yang salah. Mudah sangat menuduh murtad," tambah Bakar lagi.

Perjuangan politik masakini ialah diantara BN dan Pakatan Harapan (PH). Samada sokong BN atau PH. Itu yang dilihat dan dirasai oleh rakyat. PAS dimana? Bersendirian? Nak menguasai parlimen dan Ke Putrajaya sendirian? Jika demikian, bertandinglah disemua kerusi parlimen dan DUN....

Justeru itu, usah dilayan sangat kenyataan orang-orang PAS ini. Kebanyakan mereka sudah hilang akal. Ayuh bersama AMANAh dan PH... Soal rezeki, itu di tangan Allah, bukan UMNO atau PAS yang menentukan. Usah gentar dengan ugutan dan ancaman sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki (Allahu kharul-razikiin). 
 
 

Tiada ulasan: