Selasa, 2 Februari 2016

300 penyokong hilang keyakinan, umum keluar Pakatan Harapan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SABAK BERNAM: Seramai 300 ahli Pakatan Harapan keluar parti dan menyertai MIC ekoran kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang didakwa gagal menunaikan janji.
 
Tindakan itu diketuai Kamal Abdullah, 51, bersama-sama dengan ahli parti dari PKR, DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mendakwa kerajaan negeri tidak pernah mempedulikan nasib ahli dan kebajikan kaum India.
 
"Apa yang kami peroleh sepanjang sertai mereka (Pakatan Harapan)? Hidup kami masih susah, bila minta tolong semuanya tak layan.
 
"Hari ini kami sepakat sertai MIC kerana kami tahu MIC adalah satu-satunya parti dalam komponen BN (Barisan Nasional) yang sejak dulu hingga kini menjaga kebajikan kaum India," katanya yang dipetik Sinar Harian.
 
Beliau berkata, kemasukan bekas ahli Pakatan Harapan itu merupakan satu perubahan yang berlaku kepada rakyat di Parlimen Sabak Bernam dan berharap sokongan mereka kepada BN berterusan terutama dalam menghadapi PRU14.
 
"Saya yakin bahawa sokongan ini (kepada BN) akan memberikan keuntungan kepada kaum India. Di peringkat Parlimen juga misalnya, semua wakil rakyat MIC yang menang dalam pilihan raya lalu dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.
 
"Ini menandakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi sokongan dan komitmen yang jelas terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat India di negara ini," katanya.
 
 

Tiada ulasan: