Sabtu, 9 Januari 2016

Ubahsuai Bajet 2016 tidak jejas kebajikan rakyat – Ahmad Maslan

 
Ahmd Maslan mengulas pengumuman Najib mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi supaya lebih realistik dengan cabaran tahun ini.


Ahmad-Maslan_budget_600


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan Bajet 2016 tidak akan menjejaskan program khusus yang dibentuk bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata, kebajikan rakyat akan terus diutamakan agar ia tidak termasuk dalam pengubahsuaian Bajet 2016

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi supaya lebih realistik dengan cabaran tahun ini.

“Satu forum penerangan bertajuk #tambahpendapatanrakyat juga akan diadakan pada 17 Jan ini sebagai satu usaha membantu rakyat dalam menjana pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita di Kampung Baru, lapor Bernama.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO dalam pertemuan yang sama turut dilapor menyelar tindakan pengamal media sosial yang gemar memutar belit kenyataan pemimpin negara ini.

“Saya harap media sosial ‘spin’ sesuatu perkara itu ke arah positif.

Contohnya seperti kenyataan saya yang sering diputarbelitkan sedangkan mereka tidak melihat secara keseluruhan maklumat yang dikeluarkan dalam akaun media sosial saya,” katanya.

Tiada ulasan: