Sabtu, 30 Januari 2016

Tiada jangkitan virus Zika di Malaysia

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada kes jangkitan virus Zika dilaporkan di Malaysia setakat ini.
 
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, bagaimanapun berkata, pemantauan akan diperketatkan untuk mengekang penularan penyakit berkenaan.
 
Beliau berkata, kementerian akan mengedarkan risalah kesihatan kepada pelancong asing terutamanya warga Amerika Selatan dan Tengah yang berkunjung ke negara ini sebagai langkah berjaga-jaga.
 
"Setakat ini, tiada sekatan mahupun larangan yang dikeluarkan kerajaan untuk menghalang rakyat tempatan ke negara berkenaan.
 
"Namun, wanita hamil dinasihatkan supaya mengelak daripada mengunjungi negara berisiko untuk memastikan bayi dalam kandungan tidak terdedah dengan jangkitan virus terbabit.
 
"Jangkitan virus ini akan menyebabkan berlaku gejala saraf terhadap bayi, sekali gus menyebabkan kepala bayi akan mengecil," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Persatuan Nelayan Pulau Betong, di sini, hari ini.
 
Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata, sebanyak 300 sampel Aedes di seluruh negara sudah diuji, bagaimanapun tiada yang menunjukkan sebarang tanda virus Zika. Semalam,
 
Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat dan pelawat dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang pulang dari benua berkenaan, serta mempunyai gejala demam dan bintik-bintik melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan sejurus tiba di Malaysia.
 
 

Tiada ulasan: