Khamis, 14 Januari 2016

TERKINI: Empat maut dalam insiden pengeboman Jakarta

Sebanyak enam letupan berlaku dalam tempoh 30 minit di ibu negara Indonesia.
letupan-kajarta


JAKARTA: Jurucakap polis republik itu, Anton Charliyan mengesahkan sekurang-kurang empat terbunuh dalam insiden pengeboman di sini, hari ini.

Bercakap kepada AFP, Anton berkata, letupan yang kuat itu berlaku berhampiran sebuah pusat beli belah popular, Sarinah di Jl Thamrin.

Katanya, pusat beli belah terbabit ditutup serta merta atas tujuan keselamatan.

Terdahulu, wartawan AFP melaporkan, terdapat tiga mayat dilihat berada di atas jalan selepas letupan berkenaan.

Tembakan turut kedengaran selepas letupan di kawasan terletaknya beberapa hotel mewah, bangunan kedutaan dan pejabat di ibu negara itu.

Punca letupan belum diketahui dan sehingga kini pihak polis sedang giat menjalankan siasatan di kawasan kejadian.

Antara News turut melaporkan sebanyak enam letupan berlaku sekitar jam 11.03 waktu tempatan. Letupan terbabit berlaku dalam tempoh 30 minit.

Katanya, letupan pertama kedengaran pada jam 10.40 pagi, disusuli letupan kedua pada jam 10.50 pagi, letupan ketiga dan keempat pada jam 10.56 pagi, letupan kelima pada jam 11.00 pagi dan letupan terakhir kira-kira jam 11.03 pagi.

Orang ramai diarahkan meningalkan kawasan berkenaan bagi mengelak letupan terbaharu berlaku.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: