Selasa, 19 Januari 2016

SEKALI LAGI, TANGKAP DAN SIASATLAH KU NAN!!

shahbudindotcom.

 

Setelah menafikan kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor semalam bahawa terdapat kawasan-kawasan tertentu di ibukota sebagai sasaran serangan pengganas, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar seterusnya berkata, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga yang menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan orang ramai.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga, termasuk orang kenamaan yang melakukan perbuatan itu.
 
 
 
 
 
 
Sementara itu, Perdana Menteri Najib Razak juga meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum mengenai tahap keselamatan negara.

Siapa yang membuat spekulasi serta menyebarkan maklumat tidak sahih itu?

Tidak ada sesiapa kecuali Tengku Adnan saja yang ada berbuat demikian. Beliaulah yang secara terbuka bercakap kepada media dengan menyebut beberapa tempat di ibu negara sebagai sasaran serangan pengganas.

Oleh itu, sesuai dengan kenyataan Khalid untuk menangkap sesiapa saja termasuk orang kenamaan serta ingatan Najib agar jangan sesiapa membuat spekulasi dan menyebar maklumat tidak sahih, tindakan perlu diambil terhadap Tengku Adnan.

Tangkap dan siasatlah beliau dengan segera!
 
 
 
 
 
 
Semalam blog ini telah menyatakan bahawa Tengku Adnan patut ditangkap dan disiasat atas perbuatannya itu, hari ini  ingin mengulangi gesaan itu berikutan kenyataan terbaru Khalid dan Najib mengenainya. 

Sekali lagi, hanya Tengku Adnan saja yang didapati membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai keselamatan negara selepas berlakunya serangan pengganas di Jakarta, Indonesia.

Tidak bermakna di mata rakyat jika sekadar amaran atau ingatan, tetapi tiada tangkapan atau penyiasatan kepada mereka yang jelas didapati melakukan kesalahan. Tambahan lagi, Tengku Adnan masih tidak menafikan, menarik balik, meletakkan atas salah lapor media atau beliau hanya bergurau saja tentang kawasan panas yang disebutnya itu.

Sekurang-kurangnya ia berupa peringatan kepada sesiapa di masa akan datang agar tidak sesuka hati bercakap perkara yang tidak pasti.


Tiada ulasan: