IKHWAN HAZWAN
Disebabkan perkataan
komunis, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Abdul Rahman Dahlan dan peguam, Michelle Yesudas berperang di
laman Twitter. - Foto TRP
KUALA LUMPUR, Disebabkan perkataan komunis, Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul
Rahman Dahlan dan peguam, Michelle Yesudas berperang di laman Twitter.
Ia berikutan laporan sebuah portal berita
yang melaporkan Abdul Rahman mengatakan bahawa kerajaan tidak ada kuasa
untuk menghalang pemaju daripada membina perumahan mahal berbanding
mampu milik kerana Malaysia bukanlah sebuah negara komunis.
Laporan portal berkenaan menyebabkan
Michelle tidak berpuas hati kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh
Ahli Parlimen Kota Belud berkenaan.
Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan
bahawa perkataan komunis tersebut hanyalah jawapan beliau ke atas soalan
daripada wartawan yang meminta kerajaan untuk mengharamkan pemaju
membina rumah mewah.
“Saya katakan kerajaan tidak boleh berbuat demikian kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya negara komunis.
“Kerajaan tidak boleh melaksanakan dasar seperti itu ke atas perniagaan yang sah daripada menjalankan perniagaan mereka.
“Saya katakan apa yang boleh kerajaan
lakukan ialah memperingatkan pemaju supaya tidak melupakan tanggungjawab
mereka untuk membina rumah mampu milik,” katanya.
Tambah Pengarah Strategik Komunikasi
Barisan Nasional itu lagi, kini pemaju sudah tertakluk untuk membina 20
sehingga 50 peratus rumah mampu milik sekiranya mereka membangunkan
projek perumahan.
“Anda bayangkan sekiranya kerajaan
melarang ahli perniagaan yang sah daripada menjalankan perniagaan
mereka? Ia sukar untuk dibayangkan.
“Saya berharap Michelle Yesudas tidak
terus membuat kesimpulan dan terkeliru kerana ia telah diputarbelitkan
oleh portal berita berkenaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan