Firma pelaburan negara 1MDB tidak menjawab soalan dan gagal memberikan perincian bagaimana sukuk (bon islamik) RM2.4 bilion untuk Bandar Malaysia dibelanjakan, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Sebaliknya, ahli Parlimen Pandan itu mendakwa 1MDB membuat kenyataan umum bahawa kesemua dana dari terbitan sukuk itu dibelanja seperti ditetapkan.
Rafizi
mendakwa 1MDB semalam turut mengakui kos keseluruhan pemindahan dan
naiktaraf pengkalan-pengkalan udara adalah sebanyak RM2.7 bilion
manakala baki bayaran adalah sebanyak RM1.9 bilion.
"Ini bermakna 1MDB mengakui bahawa dari keseluruhan kos
RM2.7 bilion, hanya RM800 juta telah dibayar sekarang. Oleh sebab itu,
baki yang perlu dilangsaikan adalah RM1.9 bilion,".
"1MDB juga mengakui liabiliti RM1.9 bilion ini kini perlu
ditanggung oleh konsortium yang membeli 60 peratus pegangan dalam
Bandar Malaysia (yang turut membabitkan syarikat berkaitan Kerajaan
China)," ujarnya dalam kenyataan media.
Bagaimanapun dakwanya, sekiranya 1MDB merundingkan agar
bayaran sukuk itu turut ditanggung oleh konsortium berkenaan, ia
bermakna dana yang diperolehi dari terbitan sukuk itu telah tiada.
"Oleh kerana ia tidak dibelanjakan bagi tujuan kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan udara, bagi tujuan apa ia dibelanjakan?," soalnya.
Tiada aktiviti perniagaan?
"Oleh kerana ia tidak dibelanjakan bagi tujuan kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan udara, bagi tujuan apa ia dibelanjakan?," soalnya.
Tiada aktiviti perniagaan?
Rafizi
mendakwa 1MDB turut menyatakan dana sukuk RM2.4 bilion tersebut
dibelanjakan antara lain untuk membiayai kerja-kerja pemindahan dan
naiktaraf pengkalan udara, mematuhi syarat rizab simpanan, yuran dan
belanja pengurusan menerbitkan bon.
Jumlah itu termasuk memenuhi keperluan modal 1MDB RE iaitu anak syarikat bagi 1MDB.
Namun berdasarkan anggarannya, Rafizi mendakwa sukuk berkenaan masih berbaki sebanyak RM1,480 juta lagi bagi memenuhi keperluan modal 1MDB RE.
Namun berdasarkan anggarannya, Rafizi mendakwa sukuk berkenaan masih berbaki sebanyak RM1,480 juta lagi bagi memenuhi keperluan modal 1MDB RE.
"Maka 1MDB perlu menjawab bagi tujuan apakah sebanyak
RM1,480 juta telah digunakan oleh anak syarikatnya iaitu 1MDB RE dari
dana sukuk ini sedangkan 1MDB RE tidak mempunyai aktiviti perniagaan
selain sebagai pemaju hartanah di Tun Razak Exchange dan Bandar
Malaysia.
"Malah, dari tahun 2014 hingga sekarang kedua-dua projek
pembangunan hartanah ini belum bermula dan peranan 1MDB RE setakat ini
seumpama sebagai broker hartanah yang menjual tanah-tanah di Jalan Tun
Razak dan Sungai Besi," dakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan