Rabu, 13 Januari 2016

PM bentang pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membentangkan Bajet 2016 yang diubah suai pada 28 Januari ini.

Ia dijangka menyemak Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, lapor Bernama.

Katanya, Bajet 2016 yg diubah suai itu tidak akan menjejaskan sistem dan projek penyampaikan kerajaan yang mempunyai impak pertumbuhan.

Jumaat lalu, perdana menteri dilaporkan berkata beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.

Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.

Tiada ulasan: