Jumaat, 8 Januari 2016

PH meterai perjanjian elak serang antara komponen

 
Kerana tidak mahu mengulangi kesilapan Pakatan Rakyat


khalid-samad


SHAH ALAM: Perjanjian Pakatan Harapan (PH) yang bakal dimeterai esok dirangka untuk mengelakkan perang terbuka antara pemimpin PKR, DAP dan AMANAH.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata penetapan displin dilihat perlu kerana pakatan baharu itu tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan komponen Pakatan Rakyat (PR).

“Kita harap, PH lebih berdisiplin dan saling memahami perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Perjanjian ini akan mengawal dan mengurus tindakan kita dan hubungan kita antara satu sama lain,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Pakatan Harapan wujud setelah kerjasama diantara Pakatan Rakyat retak ekoran percanggahan pendapat diantara DAP dan PAS berhubung isu hudud.

Perjanjian Pakatan Harapan yang bakal ditandatangani ini mengandungi tujuh fasal utama yang disepakati DAP, PKR dan AMANAH.

Tiada ulasan: