Isnin, 11 Januari 2016

Permohonan tukar stadium ‘pink’ sudah diluluskan

Annuar Musa
 

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ,Tan Sri Annuar Musa hari ini  memaklumkan bahawa hasrat pengasas Vida Beauty iaitu ,Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk menukar wajah stadium Kelantan (Stadium Sultan Muhammad IV)  menjadi stadium berwarna merah jambu sudah diululuskan.

Memetik kenyataan di laman Facebooknya hari ini, Annuar berkata apa yang perlu dilakukan kini ialah pihaknya perlu berurusan dengan perbadanan stadium selepas permohonan itu diluluskan.

"Saya baru habis menghadap Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada pukul 3.30 tadi menyampaikan secara rasmi hasrat Dr Vida menukar wajah stadium, permohonan telah diluluskan, cuma maklumat terperinci dan cara kerja kita kena berurusan dengan perbadanan stadium, syukur," tulisnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cat stadium merah jambu antara syarat taja TRW

Terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang juga dikenali Dr Vida sebelum ini mengenakan dua syarat sebelum menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan antaranya mahu menukar Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu.

Sementara itu, Kafa sebelum ini bersetuju dengan syarat yang diletakan oleh Dr Vida yang mana dengan persetujuan itu membolehkan Kafa menerima tajaan sebanyak RM20 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kafa setuju terima syarat Qu Puteh]


Tiada ulasan: