Ahad, 10 Januari 2016

Perjanjian Pakatan Harapan perkuat kempen pilihan raya Sarawak

SUFI6055

Oleh Fatih Hassan Nordin


SHAH ALAM :  Penubuhan Pakatan Harapan yang diperteguh melalui perjanjian bersama antara ketiga-tiga parti membantu usaha melawan rejim Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Sarawak yang dijangka berlangsung Mac ini.

“Seluruh rakyat sangat menanti-nantikan hari ini untuk kita mendedahkan segala kejahatan BN dan membawa harapan untuk meletakkan negara kesayangan kita ke landasan yang benar.

“Pilihan Raya Sawarak semakin hampir, kita harus bekerja sama berlandaskan perjanjian itu untuk menumbangkan BN,” kata Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chin Sing pada Persidangan Pemimpin Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam(SACC), di sini hari ini.

Beliau antara tiga wakil DAP daripada sembilan perwakilan yang berucap pada persidangan itu, berkata pilihan raya itu juga bakal menguji kerjasama antara parti gabungan dalam Pakatan Harapan.

Justeru, Chin Sing mengajak seluruh kepimpinan Pakatan Harapan untuk bekerjasama membantu rakyat Sarawak dan Sabah keluar daripada belenggu BN yang menindas rakyat demi kepentingan mereka.

“Saya menyeru seluruh kepimpinan Pakatan Harapan datang ke Sarawak untuk bantu menumbangkan kerajaan BN yang zamin pada pilihan raya yang tiba dua bulan lagi,” katanya dengan penuh bersemangat, berselang seni dengan dialek Sarawak.

Ini kerana, katanya, Sarawak dan Sabah sudah terlalu lama dianak tiri oleh BN dan Pakatan Harapan tidak harus membiarkan BN terus berkuasa dan memerintah dengan zalim sekaligus mengabai rakyat kedua-dua negeri itu.

“Sarawak dan Sabah bukanlah second-class, bukan anak angkat Barisan Nasional, kita anak Malaysia, kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi,” katanya,


Tiada ulasan: