Jumaat, 8 Januari 2016

PAN sedia pikul tugas Exco jika dilantik kerajaan negeri

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Biapun baru enam bulan ditubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) tidak teragak-agak untuk memikul tanggungjawab sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor sekiranya ditawarkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim berkata kesediaan ini timbul kerana kepercayaan yang diberikan kepada parti itu dalam memenuhi kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
Kalau dia (kerajaan Negeri Selangor) nak bagi kita terimalah," katanya di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam sebentar tadi.
 
Bagaimanapun bagi Pengarah Komunikasinya Khalid Abdul Samad, beliau tidak mengharapkan jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaan negeri tetapi memadai jika diberikan bertanding sebagai ADUN pada pilihan raya umum akan datang.
 
Katanya, ini sekali gus akan lebih mengiktirafkan PAN sebagai sebahagian daripada kerajaan Negeri Selangor.
 
(Kerusi) Exco tidak payahlah. Kita cuma 2 kerusi (ADUN), parti baru lagi, kami gembira," celah Khalid Samad.
 
Khalid mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana diberi ruang berperanan dalam kerajaan Pakatan Harapan di Selangor bagaimanpun parti itu tetap meneruskan rundingan bersama kerajaan negeri bagi mendapatkan kouta sekurang-kurangnya 24 kerusi.
 
Sebelum ini PAN dilapor tidak berpuas hati dengan kerusi Ahli Majlis PBT yang diserahkan kepadanya.
 
Kenyataan itu dikeluarkan Izham sehari selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dipengerusikan Azmin yang mengumumkan sepuluh kerusi ahli majlis PBT diberikan kepada PAN hasil persetujuan antara PKR, DAP dan PAS.
 
PAN diberikan 10 kerusi Ahli Majlis PBT yang merangkumi dua kerusi di Hulu Selangor, dua kerusi di Sabak Berman, dua di Kuala Langat dan juga dua di Sepang dan masing-masing satu kerusi di Subang dan Kuala Selangor.
 
Keputusan itu ditentang Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
Menurut Iskandar, parti itu tidak akan mengiktiraf lantikan berkenaan biarpun mereka akan mengangkat sumpah minggu depan.
 
 

Tiada ulasan: