Isnin, 11 Januari 2016

'OK Najib? Sudi debat dengan saya?'

MALAYSIAKINI


 


Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka dalam isu 1MDB.

Katanya, masih banyak perkara yang tidak terjawab dalam isu berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.

“Apa pun Najib Tun Razak, kalau susah-susah sangat mari kita berdebatlah dalam isu skandal 1MDB ini.

“Kalau tak mahu debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mari kita debat dua orang!” katanya.

Beliau bagaimanapun memberikan syarat ia mesti disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menghakimi.

“Ok tak Najib Tun Razak? Sudi ke?

Menulis di Facebook, Khairuddin berkata Najib mesti menjawab secara menyeluruh mengenai isu-isu berkaitan 1MDB.

“Jawab lah di dalam parlimen dan siarkan secara terus menerus ke seluruh pelosok tanah air agar kesemua 30 juta rakyat akan memahami kedudukan semasa syarikat bermasalah ini!!

“Kalau saya kata dia bangang takut kena tangkap bawah Sosma pula nanti! Tapi hakikatnya Najib Tun Razak ini lebih kurang macam itulah!” katanya.

Beliau membangkitkan bagaimanapun rakyat hendak yakin pada kepimpinan masa kini jika jawapan diberikan berlainan daripada yang dibangkitkan.

Khairuddin sebelum ini ditahan setelah membuat laporan polis di pelbagai negara, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat, berkaitan isu 1MDB.


Tiada ulasan: