Sabtu, 30 Januari 2016

Malaysia dilabel ‘negara pariah’ jika enggan bantu siasatan Swiss, kata bekas menteri




Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata peguam negara tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Januari, 2016.Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata peguam negara tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin,
 
 
 
Kerajaan yang bertanggungjawab akan membantu permintaan pendakwa raya Switzerland dalam siasatan rasuah berhubung wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) - dipercayai dicuri daripada syarikat Malaysia, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, hari ini. 
 
 Bekas menteri undang-undang itu berkata, jika kerajaan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa – jika ia mahu dunia melihatnya sebagai “negara pariah” dan membiarkan perbuatan jenayah.

“Tetapi jika mereka mahu jadi sebahagian komuniti dunia bertamadun yang menghormati kedaulatan undang-undang, mereka mesti patuh dan beri semua maklumat kepada pihak berkuasa Switzerland.

“Kini hanya ada 2 cara saja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis pelancaran buku di Shah Alam, Selangor, hari ini. Ketika ditanya adakah ia tugas peguam negara, Zaid berkata ia menjadi tanggungjawab Kabinet untuk mengarahkan peguam negara, kerana jawatan itu ada had kuasa.

“Rakyat selalu fikir peguam negara ada banyak kuasa, beliau tidak, beliau mungkin nampak begitu, tetapi sebenarnya tidak berkuasa.

“Beliau tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas, beliau tidak berkuasa menghentikan siasatan terhadap SPRM, beliau tidak ada semua itu,” katanya merujuk kepada apa yang berlaku tahun lalu berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zaid berkata, rakyat Malaysia patut malu jika kerajaan mereka tidak berbuat apa-apa mengenai permintaan pihak berkuasa Switzerland untuk mendapatkan Bantuan Undang-undang Persefahaman (MLA).

Kenyataan daripada Pejabat Peguam Negara Switzrland mengatakan penyiasatan terhadap 1MDB mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan.

Sebahagiannya daripada wang itu dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.

Pendakwa raya Swiss juga berkata, mereka sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Malaysia untuk siasatan tersebut.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Eh!...acana ni..............?????
Kan ke duit usd4.4 Billion tu DERMA Rja Abdullah Saudi Arabia....???
Wak Zahid Hamidi cakap dia ada jumpa penderma ni, jadi apasal
dah jadi duit songlap pulak........?????'
Ni mesti agenda Yahudi nak jatuhkan pemimpin Islam.