Rabu, 13 Januari 2016

Mahkamah mahu penghujahan terpeinci permohonan PM

Hafiz Yatim


 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminta penghujahan terperinci terhadap permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal Media Rakyat Chan Chee Kong.

Berikutan itu, Hakim Noraini Abdul Rahman menetapkan 29 Mac untuk mendengar hujahan lanjut berhubung perkara itu.

Peguam Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata pihaknya hanya mengemukakan
penghujahan atas talian tetapi hakim mahu terperinci.

"Saya telah mengemukakan mengenai perkara itu apabila hakim mahu hujah lebih terperinci," katanya.

Peguam Ranjit Singh berkata berikutan itu pihak-pihak terlibat dikehendaki mengemukakan hujahan bertulis terperinci pada 24 Mac.

Najib dan isterinya Rosmah Mansor memfailkan saman itu berikutan dakwaan Rafizi dalam satu ceramah bahawa wang yang disimpan dari subsidi minyak digunakan untuk membeli cincin Rosmah.

Mereka mendakwa ucapan Rafizi disiar oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chan atau pembantunya di portal dan youtube miliknya.



Tiada ulasan: