Isnin, 11 Januari 2016

Mahkamah cadang mediasi selesai saman Najib terhadap Liong Sik

THE MALAYSIAN INSIDER

Datuk Seri Najib turut memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. Datuk Seri Najib turut memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah. – Gambar fail The Malaysian Insider

 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mencadangkan  kes saman Datuk Seri Najib Razak terhadap  bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik diselesaikan melalui proses mediasi. Pada 27 Oktober lepas, Najib menyaman Dr Ling, antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan plaintif (Najib).

Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya, daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Pada Oktober lepas, Dr Ling dilaporkan bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".
 
 "Saya bersetuju dengan Mahathir. Kerana beliau (Najib) mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau," Dr Ling dipetik sebagai berkata pada sidang media di Kuala Lumpur. – Bernama,


Tiada ulasan: