Jumaat, 8 Januari 2016

Kos sara hidup: Putrajaya cari formula pulih keyakinan rakyat

 
Kerajaan perlu jadi lebih prihatin terhadap isu diperkatakan supaya rakyat yakin dan bersama menangani isu berkaitan kos sara hidup.


social


PUTRAJAYA: Mesyuarat pertama jawatankuasa tertinggi menangani kos sara hidup hari ini membincangkan isu mengurus persepsi negatif di media sosial bagi meraih keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Kenyataan media jawatankuasa itu yang diedar hari ini, menyebut kerajaan memandang serius setiap perkara, komited dan proaktif mencari langkah menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Kerajaan perlu jadi lebih prihatin terhadap isu diperkatakan supaya rakyat lebih yakin dan bersama menangani isu berkaitan kos sara hidup rakyat.

“Rakyat juga perlu menjadi pengguna lebih bijak dalam membuat pilihan ketika berbelanja bagi mengurangkan impak kos sara hidup,” katanya.

Mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat jawatankuasa itu turut membincangkan kos sara hidup pelajar terutamanya cara untuk menaik taraf penggunaan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.

Katanya, isu tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Khas Kabinet menangani kenaikan kos sara hidup sebelum sebarang keputusan dibuat.

Tiada ulasan: