Khamis, 14 Januari 2016

D'Herbs, Selangor mula bincang tajaan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hampir pasti mengikut jejak seorang lagi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk menjadi penaja pasukan Liga Malaysia. 
 
Sebentar tadi, Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor berkenaan bentuk penajaan itu. 
 
Bagaimanapun, usahawan produk kesihatan dan kosmetik kecantikan itu mengakui belum membuat sebarang keputusan berhubung perbincangan terbabit. 
 
"Ya, memang saya ada berbincang dengan pengurusan pasukan Selangor tetapi ia hanya perbincangan awal. Ia masih belum mencapai tahap kepada membuat keputusan muktamad. 
 
"Saya pun perlu memikirkan apa yang terbaik untuk saya dan juga pasukan yang bakal ditaja nanti. Tunggu saja, bila sudah ada keputusan nanti saya akan maklumkan kepada media. 
 
"Kalau boleh saya tidak mahu isu penajaan ini terlalu dihebohkan kerana jika tidak jadi nanti, saya yang malu," katanya ketika dihubungi Bh Sukan sebentar tadi. 
 
Sebelum ini, Dr Hasmiza atau Dr Vida yang juga pengasas produk kecantikan Qu Puteh sah bakal menjadi penaja utama Kelantan dengan nilai tajaan didakwa mencecah RM20 juta bagi tempoh dua musim.
 
 

Tiada ulasan: