Selasa, 19 Januari 2016

Datuk Vida mahu dilantik Pengurus Eksekutif TRW

 
Ia bagi membolehkan beliau duduk bersama pemain untuk berinteraksi setiap kali perlawanan berlangsung


dato-vida,kerusi,[emain


PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida meminta untuk dilantik sebagai Pengurus Eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), bermula musim ini.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd itu, ia bagi membolehkan beliau dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan Kelantan itu.

Katanya, jawatan berkenaan itu adalah kali pertama diwujudkan dalam pasukan yang sebelum ini terkenal dengan panggilan The Red Warriors (TRW) itu.

“Apabila saya dilantik sebagai Pengurus Eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini.

“Saya tidak mahu berada di kerusi jemputan khas kerana agak jauh berbanding dengan kerusi di sebelah padang. Jawatan itu belum ada sebelum ini dan akan diwujudkan.

“Ia tidak bermaksud saya mahu mencampuri pengurusan pemain, sebaliknya saya hanya mahu di hadapan bersama pemain setiap kali ada perlawanan,” katanya lapor Berita Harian.

Vida Beauty bersetuju menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan pembiayaan sebanyak RM16 juta dengan beberapa syarat termasuk menukar nama pasukan Kelantan kepada PQPTRW.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju dengan 35 syarat penajaan itu termasuk mengecat Stadium Sultan Mohammad IV kepada warna merah jambu.

Pelantikan sebagai Pengurus Eksekutif itu adalah antara 35 syarat yang dipersetujui dalam perbincangan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan pegawainya di ibu negara pada minggu lalu, lapor akhbar itu.

Tiada ulasan: