Isnin, 11 Januari 2016

Bauksit: SPRM tahan enam pegawai, kakitangan PTG Pahang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang semalam bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan pengeluaran dokumen pemindahan mineral untuk perlombongan bauksit haram di negeri itu. 
 
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dipetik Utusan Malaysia berkata, keenam-enam pegawai berkenaan ditahan semalam mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.
 
Kesemua pegawai berkenaan termasuk seorang wanita berusia di antara 42 tahun hingga 57 tahun kini diambil keterangan dan penentuan sama ada pihak SPRM akan mendapat perintah reman terhadap mereka akan diputuskan hari ini. 
 
Mereka yang ditangkap itu adalah pegawai Pejabat Tanah dan Galian yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pemindahan mineral (Borang 13D) untuk perlombongan bauksit haram di negeri itu.
 
Dengan penahanan terbaru itu menjadikan jumlah suspek yang ditahan setakat ini bertambah kepada 13 orang.
 
Terdahulu, pada Rabu lalu, empat pegawai PTG yang disyaki menerima rasuah daripada pelombong bauksit haram bernilai lebih RM100,000 ditahan reman. 
 
Manakala semalam tiga lagi orang awam termasuk seorang wanita yang dipercayai 'orang tengah' yang terlibat dalam rasuah perlombongan bauksit haram di Pahang direman selama seminggu bermula Sabtu.
 
Daripada 13 yang ditahan setakat ini, sepuluh daripadanya adalah pegawai PTG. 


Tiada ulasan: