Jumaat, 11 Disember 2015

Zahid mahu teliti dakwaan Tun M cuba disogok Najib

 
Siasatan secara terperinci terhadap dakwaan Dr Mahathir itu akan dibuat sekiranya KDN dan polis mempunyai bukti yang lengkap


zahid


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan meneliti terlebih dahulu dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini menyatakan dirinya cuba disogok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak membangkitkan lagi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan, selepas itu beliau akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum membuat sebarang tindakan.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci sekiranya mempunyai bukti lengkap terhadap dakwaan Dr Mahathir itu.

“Itu hak pihak berkuasa dan saya akan membincangkan perkara itu dengan ketua polis negara, tetapi ia bergantung kepada berapa kuat bukti itu,” katanya semasa sidang media di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Jumaat.

Rabu lalu, Dr Mahathir membuat pendedahan terbaru dengan mendakwa Najib pernah cuba menyogoknya.

Katanya, sogokan itu dibuat untuk membeli kerjasamanya dan mendiamkan isu 1MDB.

“Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

“Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB,” katanya dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tiada ulasan: