Khamis, 3 Disember 2015

WSJ: 'Pelik' bagi 1MDB berurusan dengan bank kecil, kata pakar

MALAYSIAKINI


 


Tindakan syarikat pelaburan negara 1MDB untuk berurusan dengan sebuah bank kecil di Switzerland adalah ‘pelik’, memandangkan saiz dan kepentingan dananya, kata seorang pakar perbankan dan kewangan.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan demikian selepas pasukan Swiss menjadikan sebuah bank di Zurich, Falcon Private Bank sebagai tumpuan untuk menentukan kaitannya dengan 1MDB.

"Agak pelik bagi (syarikat) dana kerajaan walaupun mempunyai akaun dengan yang bank swasta kecil," kata Daniel Marovitz yang dipetik akhbar itu.

Marovitz menguruskan operasi Eropah untuk perkhidmatan pembayaran bank merentas sempadan bersama Earthport PLC dan sebelum ini adalah pengarah urusan di bahagian transaksi global, Deustche Bank AG.

Katanya, bank-bank besar akan mengidamkan pelanggan besar seperti 1MDB dan bersaing secara agresif untuk berurus niaga dengan mereka.

Pakar yang dirujuk oleh WSJ juga berkata bank-bank global yang besar lazimnya digunakan untuk memindahkan jumlah yang besar, manakala 1MDB pula menggunakan sebuah bank swasta kecil untuk urus-niaga berbilion ringgit.

Tiada ulasan: