Selasa, 8 Disember 2015

Wartawan bukan Islam dihalang masuk acara Umno

Wartawan bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke acara Puteri Umno, pegawai dakwa orang Islam lebih faham isu. 


puteri UMNO


KUALA LUMPUR: Wartawan bukan Islam dihalang membuat liputan keatas satu acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Selasa.

Acara anjuran Puteri Umno itu bertajuk Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) dan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
 
“Hanya orang Islam sahaja yang boleh masuk. Saya tidak tahu mengapa. Saya hanya ikut arahan,” jawabnya.

“Tiada alasan khusus. Kita mahu orang Islam membuat liputan keatas acara ini kerana orang Islam lebih memahami isu yang dibangkitkan berbanding orang bukan Islam,” kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan nama ketika ditanya wartawan.

Tiada ulasan: