Sabtu, 12 Disember 2015

UMNO kongkong ahli tapi salahkan DAP

PAU

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengecam kenyataan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil yang sembarangan menuduh DAP mahu memperguna orang Melayu.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO sebenarnya yang mengongkong minda ahlinya melalui saluran tidak betul supaya semata-mata untuk mendapat sokongan kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

“DAP tidak ada niat untuk mengawal Melayu seperti mana UMNO mengawal Melayu. DAP tidak mahu mengawal sesiapa seperti mana Najib mengawal UMNO melalui wang sogokannya.

“Itu membuktikan lagi bahawa UMNO milik Najib, parti yang dijadikan ‘tebusan’ Najib kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion” katanya pada kenyataan media, semalam.

Nie Ching juga menyifatkan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) berlangsung seakan-akan parti itu milik penuh Najib sehinggakan Timbalan Presiden pun dihalang memberi ucapan sedangkan ia tradisi parti berkenaan.

“Muhyiddin seakan-akan ‘ghaib’. Tiada ucapan rasmi, tiada poster, orang kuat nombor dua parti tidak dibenarkan berucap di Perhimpunan Agong parti berkenaan hanya kerana tidak bersependapat dengan Najib,” katanya.

Malah, beliau berkata, UMNO cuba menutup kelemahan parti itu dengan pengetahuan umum apabila bertindak menapis ucapan sebahagian kepimpinan parti yang tidak sehaluan dengan Najib.

“Lihat perhimpunan tahun ini, UMNO tidak berani menayangkan perbahasan yang berlangsung antara pemimpin sayap parti itu untuk ahlinya,” katanya

Tiada ulasan: