Rabu, 30 Disember 2015

TPM buat pekak badak tuntutan Bersih, BN abai suara rakyat

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali kesal berikutan kebanyakan pemimpin UMNO BN sentiasa buat ‘pekak badak’ terhadap teguran dan permintaan rakyat.

“Ini sekaligus menzahirkan sifat angkuh kerajaan dari membuka telinga dan mendengar keluhan rakyat. Tidak responsif dan tidak menjawab isu pokok terhadap masalah yang dibangkitkan,” katanya.

Beliau berkata, reaksi yang ditunjukkan menteri seolah-olah tidak ambil peduli, lepas tangan dan pentingkan diri sendiri sehinggakan kritikan rakyat tidak penting dan tidak perlu didengari.

“Inikah yang dikatakan demokrasi? Saya tertanya-tanya. Apa gunanya jadi menteri jika tidak mahu mendengar suara rakyat? Kerajaan sepatutnya bekerja untuk rakyat,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang mendakwa tiada keperluan untuk memenuhi tuntutan Bersih 4.

Ini sekaligus menunjukkan Zahid berbuat pekak badak terhadap lebih 100,000 rakyat berkampung selama dua hari di pusat bandar raya ini,Ogos lalu bagi mengulangi pelbagai tuntutan untuk menambah baik pentadbiran sedia ada.

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan pula menyarankan rakyat melakukan dua kerja sebagai jawapan kepada rakyat yang mengeluh kerana bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. -Roketkini.com


Tiada ulasan: