Rabu, 23 Disember 2015

Touch ‘n Go nafi kenakan GST tahun depan

 
Touch 'n Go berkata khabar angin bahawa caj 6 peratus GST akan dikenakan bagi setiap transaksi bermula 1 Januari 2016 adalah tidak benar.


touch-n-go


PETALING JAYA: Touch ‘n Go menafikan khabar angin bahawa mereka akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi setiap isian semula nilai bermula 1 Januari 2016.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Touch ‘n Go berkata, GST hanya dikenakan ke atas bayaran RM0.50 bagi isian semula yang dibuat di agen seperti stesen petrol dan peniaga runcit seperti pasar raya Giant dan rangkaian 7-Eleven.

“Dan perkhidmatan tambah nilai tanpa bayaran masih ada di Hub Touch ‘n Go, Touch ‘n Go SPOT, laluan tambah nilai di plaza tol, pasar raya Tesco, Watson, KK Super Mart dan Guardian, stesen Petronas terpilih, Kiosk Layan Diri dan mesin ATM,” katanya lagi.

Khabar angin mula tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini bahawa syarikat itu akan mula mengenakan caj 6 peratus GST bagi setiap transaksi bermula tahun depan.

Tiada ulasan: