Ahad, 20 Disember 2015

Tikam kakitangan Astro Awani - 2 lelaki ditahan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam insiden pertengkaran sehingga mengakibatkan seorang kakitangan Astro Awani parah ditikam di sebuah kondominium di PV20, Jalan Usahawan, Setapak di sini kelmarin.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang semalam di Setapak.
 
“Kesemua suspek yang ditahan adalah penganggur. Kita akan buat permohonan tahan reman pada pagi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Ketika ditanya adakah pertengkaran berpunca disebabkan suspek membawa anjing ke rumah mangsa, Zainuddin memberitahu, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mohd. Hawari Zakaria, 33, yang bertugas sebagai pengurus pentas dipercayai ditikam oleh seorang wanita yang juga rakan kepada jirannya di bahagian perut dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. 


Tiada ulasan: