Isnin, 7 Disember 2015

Tidak mungkin DAP dipimpin bukan cina, kata Utusan

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP adalah sebuah parti yang tidak akan menerima kaum lain sebagai pemimpin utama mereka selain kaum Cina.
 
Menurutnya, DAP sama sekali tidak akan menerima kaum lain sebagai pemimpin walau sebijak mana calon berkenaan.
 
Perkara itu dinyatakan Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan dalam akhbar berkenaan hari ini.
 
"Tidak mungkin pemimpin India atau Sikh dalam DAP akan dipilih menjadi Setiausaha Agung walau hebat pengorbanannya dan sebijak mana sekali pun mereka. Pemimpin Melayu apatah lagi, sentiasa dicurigai dan sekadar alat mencapai agenda", tulis Awang Selamat.
 
Tulisan 4 perenggan yang bertajuk 'PAP, DAP, Melayu' itu sekaligus menidakkan bahawa DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dan hakikatnya adalah sebuah parti untuk orang Cina.
 
"Awang selalu membangkitkan betapa DAP adalah patti yang ghairah melaungkan slogan demokrasi, keadilan dan kebebasan tetapi sebenarnya mengamalkan pendekatan ekstrem dan rasis.
 
"Sudah terbentang sekian banyak bukti dan petunjuk DAP memperjuangkan kepentingan kaum yang sempit sementara bumiputera, Melayu dna India tiada nilai dalam parti itu", katanya.
 
Laporan akhbar berkenaan didakwa merujuk kepada penubuhan sebuah parti baru yang dinamakan Parti Alternatif Rakyat (PAP) oleh bekas pemimpin DAP yang rasa tidak puas hati kepada DAP.
 
Katanya terlalu banyak kepincangan dan ketidakadilan dalam DAP mengakibatkan segelintir bekas kepimpinan 'bukan cina' dalam DAP keluar dan menentang parti itu kini.
 
"Realitinya Cina DAP tidak akan percaya dna tidak mahu berkongsi jawatan dengan Melayu. Sudah puluhan tahun pemimpin Islam dan ratusan aktivis Melayu dalam DAP menjadi mangsa manipulasi.
 
"Mereka yang keluar DAP ini sentiasa mendedahkan belang sebenar DAP terutama di bawah kepimpinan sedia ada tetapi masih ramai Melayu yang termakan jerat", kata Awang Selamat.
 
 

Tiada ulasan: