Ahad, 6 Disember 2015

Sokongan buat Fasha Sandha


Fasha Sandha
Fasha Sandha bersama dua anaknya
 

LAPORAN yang mengatakan rumah tangga Fasha Sandha kini goyah sedikit sebanyak mengejutkan peminat aktres cantik itu.

Dikhabarkan, Fasha mengunjungi sebuah mahkamah syariah baru-baru ini, namun atas urusan apa tidak dapat dipastikan.

Menerusi laman akaun Instagram miliknya, Fasha seolah-olah meluah perasaan dan antara status yang dimuat naik adalah, “ALLAH Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga ALLAH memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!”.

Ia secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi bahawa rumah tangganya dengan suaminya, Jejai kini bermasalah.

Bagaimanapun di beberapa gambar di laman Instagram Fasha, rata-rata peminat melahirkan sokongan dengan meminta Fasha terus kuat dan tabah serta mendoakan agar rumahtangga ibu anak dua ini dapat diselamatkan.

Setakat ini, baik Fasha mahupun Jejai, kedua-duanya belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini dan Fasha yang dihubungi oleh sebuah akhbar juga dikatakan belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.


Tiada ulasan: