Isnin, 7 Disember 2015

SIARAN LANGSUNG UCAPAN MUHYIDDIN MALAM ESOK

 shahbudindotcom


 



Walaupun mereka yang ingin memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sambil sama-sama mahu meningkatkan tekanan kepada Najib Razak, masih perlu datang beramai-ramai ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam esok ( Isnin ), tetapi bagi yang tidak berkesempatan atau ada halangan tertentu, pilihan masih terbuka buat mereka.

Blog ini melalui kerjasama dengan rakan blogger Din Turtle, akan cuba memancarkan secara langsung ucapan atau amanat Timbalan Presiden UMNO itu bagi memudahkan lebih ramai dapat menontonnya.

Berita terbaru mengesahkan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal juga akan hadir di Kelab Sultan Sulaiman malam esok.

Muhyiddin sudah disekat daripada merasmikan perhimpunan sayap-sayap, tetapi beliau dan Shafie juga dijangka tidak dibenarkan berucap di majlis penggulungan perhimpunan kali ini.

Bahkan tidak mustahil kedua-dua pemimpin itu akan digantung keahlian atau dipecat terus daripada UMNO semata-mata kerana berani mempersoalkan mengenai 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib.

Oleh itu, kehadiran beramai-ramai kita semua amat besar maknanya, bukan saja kepada kedua pemimpin terbabit, bahkan juga demi masa depan negara ini.

#beranikeranabenar #takutkeranasalah.

Link atau pautan untuk menonton siaran langsung itu akan dikongsikan di blog ini menjelang petang esok bagi kemudahan kita semua.

Tiada ulasan: