Isnin, 7 Disember 2015

Shafie terima pengajaran jatuh dari jeti

Insiden yang dialami Shafie itu adalah padah yang wajar diterimanya ekoran tidak membangunkan kawasan sendiri



shafie-apdal


PETALING JAYA: Kejadian malang yang menimpa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apabila terjatuh dari jeti ketika melakukan lawatan di sebuah pulau pada Jumaat lepas perlu dijadikan pengajaran kepada dirinya.

Ini kerana, insiden yang dialami oleh Shafie itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau semasa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tidak mempunyai inisiatif untuk membina jeti baharu di tempat itu.

Penulis blog, Awang Zabidi menerusi catatan terbaru pada entri di blog catatanzabidi.blogspot.my menulis, Shafie sepatutnya telah membina jeti baharu di tempat berkenaan untuk kegunaan penduduk lebih-lebih lagi ia merupakan kawasan di bawah Parlimennya.

“Bagi saya, ini menunjukkan Shafie sebagai Ahli Parlimen Semporna tidak ada inisiatif membina jeti di pulau tersebut sedangkan kos membina jeti bukanya mahal.

“Apatah lagi sebagai menteri luar bandar sudah tentu kementeriannya banyak peruntukan tetapi oleh kerana sibuk di peringkat Nasional menghentam Najib kerana isu 1MDB sampai beliau terlupa tanggungjawab asal beliau untuk membina kemudahan kepada orang pulau,” tulisnya pada entri tersebut.


Menurut Zabidi lagi, apa yang berlaku ke atas bekas menteri itu adalah padah yang wajar diterimanya ekoran tidak perihatin dengan kehendak rakyat.

“Jadi insiden jatuh laut bukannya insiden mengejutkan tetapi insiden yang makan dirinya sendiri akibat gagal membangunkan kawasan sendiri.” tulisnya lagi.

Tiada ulasan: