FERNANDO FONG
Petani-petani di Cameron
Highlands kini sedang diberi pendedahan oleh sekolah untuk petani (FFS)
mengenai pendekatan terbaik bercucuk tanam tanpa bergantung kepada racun
perosak. - Foto TRP/Fernando Fong
KUALA LUMPUR, Petani-petani di Cameron Highlands kini
sedang diberi pendedahan oleh sekolah untuk petani (FFS) mengenai
pendekatan terbaik bercucuk tanam tanpa bergantung kepada racun perosak.
Pengarah Eskekutif Pesticide Action
Network Asia and Pacific (PANAP), Sarojini V. Rengam berkata pendekatan
FFS adalah untuk berkongsi kemahiran penyelidikan dan hasil uji kaji
kepada petani.
Melalui FFS, PANAP yang bertindak sebagai fasilitator, petani dapat mempelajari tanaman masing-masing dan juga bidang pertanian.
“Ia memberikan peluang untuk belajar dengan melakukannya sendiri.
“Ia memberikan kemahiran asas pertanian dan pengurusan yang akan memberikan petani menjadi pakar mengenai tanaman mereka.
“FFS adalah satu forum yang mana para
petani dan juga fasilitator bertukar pendapat melalui pemerhatian,
pengalaman dan juga maklumat dari masyarakat luar,” katanya kepada The Rakyat Post.
Beliau
menambah, para petani diperkenalkan dengan kaedah Pengurusan Bersepadu
Perosak dan cara-cara untuk menguruskan tanah mereka, tumbuhan dan juga
mengenal serangga yang memberikan faedah kepada ladang mereka.
Susulan daripada itu, mereka telah
melalui satu anjakan paradigma yang mana sebelum ini mempunyai
kebergantungan penuh kepada bahan kimia yang digunakan sebagai racun
serangga dan juga baja.
Walau bagaimanapun jelasnya, masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari petani-petani dari kawasan tanah tinggi itu.
Program FFS bermula pada Ogos dan September lalu dengan penyertaan awal seramai lima orang petani.
Pada mulanya, ramai petani yang tidak
percaya dengan kaedah ini tanpa menggunakan racun perosak namun berubah
pandangan setelah melihat ladang-ladang organik yang dikendalikan oleh
petani-petani lain.
Beliau berkata, permintaan terhadap
tumbuhan organik meningkat dan pelanggan sanggup membayar jumlah yang
lebih mahal dengam mengambil kira aspek kesihatan dan ini dilihat
sebagai satu insentif kepada para petani.
Sarojini berkata, ramai ibu bapa yang
bimbang dengan penggunaan racun perosak akan memberi kesan kepada tahap
kebijaksanaan kanak-kanak yang sedang membesar.
“Apa yang kita perlu lakukan ialah
latihan kepada para petani, pemasaran dan bila berlaku peningkatan dalam
pengeluaran, harga-harga sayuran organik ini akan turun,” katanya.
Pendekatan FFS telah dibagunkan oleh
Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
kira-kira 25 tahun lalu di Asia Tenggara.
Menurut FAO, pendekatan yang dibawa ini
sebagai alternatif kepada keaedah Revolusi Hijau yang gagal di mana
ianya lebih kompleks untuk dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan