Khamis, 10 Disember 2015

Saifuddin: Pahlawan Bugis halang Muhyiddin berucap

 
Najib sepatutnya memberi peluang Muhyiddin membuat pengulungan dan beliau boleh membidasnya habis-habis kerana Presiden berucap paling akhir.


saifuddin


PETALING JAYA : Sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bijaksana, Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya diberikan peluang untuk menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Presiden akan menggulung paling akhir dan beliau boleh membidas Timbalan Presidennya habis-habisan.

“PAU kali ini nazak. Presiden berucap sebagai Pahlawan Bugis. Tapi halang Timbalan Presiden rasmi sidang sayap-sayap dan penggulungan.

“Kalau Presiden bijaksana, biarlah Timbalan Presiden menggulung. Sebab Presiden menggulung paling akhir… bidaslah Timbalan Presiden habis-habis,” katanya menerusi status terbarunya di Facebook miliknya.

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, UMNO di bawah pentadbiran Najib kini amat nazak.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden berucap pada sesi penggulungan.

Muhyiddin turut melahirkan rasa kecewa dengan pendirian MT.

“Saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap. Saya tidak tahu atas alasan apa. Saya tidak boleh merasmikan, tidak boleh berucap. Mulut saya dikunci,” kata Muhyiddin.

Tiada ulasan: