Sabtu, 19 Disember 2015

Safiq dinobat Pemain Paling Bernilai


Safiq Rahim
Reaksi Safiq selepas menjaringkan gol pertama hasil sepakan penalti. - Foto oleh KAMARUL AKHIR / www.asia na.my
 
 
KAPTEN Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MPV) serta turut merangkul gelaran Pemain Tengah Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-TM2015, sebentar tadi.

Selain Safiq, dalam majlis itu, JDT turut merangkul lima lagi gelaran daripada tujuh anugerah utama yang dipertandingkan iaitu Ketua Jurulatih Terbaik, Mario Gomez; Penyerang Terbaik, Amri Yahya; Pertahanan Terbaik, Aidil Zafuan; Penjaga Gol Terbaik, Farizal Marlias dan Pemain Import Terbaik, Lucianio Figueroa.

Bagi anugerah Pemain Muda Terbaik, Matthew Davis dari Pahang mengenepikan cabaran hebat daripada Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Selangor) dan Farhan Roslan (Kedah).

Berikut adalah senarai penuh pemenang:

Pemain Paling Bernilai :    Safiq    Rahim    (JDT)

Ketua Jurulatih Terbaik:    Mario    Gomez    (JDT)

Penyerang Terbaik:    Amri    Yahyah    (JDT)

Pemain Tengah Terbaik:    Safiq    Rahim    (JDT)

Pemain Pertahanan Terbaik:    Aidil    Zafuan    (JDT)

Penjaga Gol Terbaik:    Farizal    Marlias    (JDT)

Pemain Import Terbaik:    Luciano    Figueroa    (JDT)

Pemain Muda Terbaik:    Matthew    Davis    (Pahang)

Anugerah Fair Play:    LionsXII

Kelab Penyokong Terbaik:    Elephant    Army    (Pahang)

Kelab Terbaik:    Kedah

Pemain Wanita Terbaik:    Nurul    Azurin    Mazlan    (Sabah)

Pemain Futsal Lelaki Terbaik:    Azrul    Hadee    Mohd    Taufiq

Pemain Futsal Wanita Terbaik:    Siti    Asnidah    Zamri

Penjaring Terbanyak Liga Super:    Dramane    Traore    (PDRM,20 gol)

Penjaring Terbanyak Liga Premier:    Francis    Forkey    Doe    (NS Matrix,17 gol)

Anugerah Khas: JDT

Tiada ulasan: