shahbudindotcom
Kesian Ibrahim Ali dan Perkasa, mereka nampaknya semakin dipinggirkan oleh UMNO sekarang ini.
Walaupun
seringkali menyatakan tidak memihak kepada mana-mana parti, tetapi umum
mengetahui kecondongan aliran NGO itu, malah majoriti ahlinya adalah
anggota UMNO.
Dalam
pilihanraya lalu pula, Perkasa secara terbuka menyokong UMNO dan
Ibrahim Ali sendiri diberi laluan bertanding sebagai calon Bebas yang
disokong parti itu di Pasir Mas.
Sebab
itu, Ibrahim Ali atau Tok Him nampak begitu kecewa dengan
ketidakhadiran pemimpin UMNO dalam persidangan tahunannya kali ini yang
diadakan di Pusat Islam dan dirasmikan oleh bekas menteri, Sanusi Junid.
Kekecewaan
bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dapat dirasakan apabila beliau
menyindir kegagalan wakil UMNO hadir ke persidangan tahunan Perkasa
ini, meskipun dijemput melalui undangan secara pos dan "by hand",
mungkin disebabkan pemimpinnya sibuk dengan persiapan menyambut Krismas.
Aduhh...makan dalam sindiran Tok Him kali ini!!
Mengaitkan
sebuah parti politik Melayu dan Islam yang sarat dengan ungkapan
wassatiyah dan maqasid syariah dengan sambutan Krismas barangkali agak
keterlaluan, tetapi ia sebenarnya lebih menggambarkan kesal hati dan
kekecewaan Tok Him yang amat dalam terhadap UMNO.
Tetapi Tok Him, bersabarlah dan jangan kecil hati dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO itu.
UMNO
mungkin tidak lagi memandang atau memberi banyak perhatian kepada
Perkasa sekarang ini kerana sedang sibuk dengan urusan "menggoda" Pas
untuk dijadikan rakan kerjasamanya yang baru.
Bak orang sedang "jatuh cinta" dan "gila menggoda" pasangan baru, tentulah buah hati lama sudah tidak diberi perhatian lagi.
Ia adalah perkara normal serta lumrah dan Tok Him tidak sepatutnya terlalu kecewa.
UMNO
juga mungkin tidak hadir kerana tahu pemimpin Pas sudah menghadiri
persidangan Perkasa itu dan merasakan tidak perlu untuk turut sama
hadir.
Lagi
pula, agak belum sesuai lagi UMNO dan Pas untuk tampil bersama di
khalayak umum - maklumlah bertunang belum, nikah juga belum.
Di
waktu yang sama, tidak mustahil UMNO beranggapan kehadiran Pas, yang
sedang "digoda" untuk menjadi pasangannya, boleh disekalikan sebagai
mewakili kehadirannya juga.
Maknanya, Pas hadir macam UMNO hadir, di lain kali mungkin UMNO hadir mewakili Pas pula.
Apa
pun, sabar dan janganlah kecil hati Tok Him...kalau orang dah tak suka,
macam tak biasa....intai-intailah mencari pasangan baru juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan