Ahad, 20 Disember 2015

RUU MKN: Apa pendirian MCA menjelang debat esok?

Lu Wei Hoong  







Dewan Negara dijadual membahaskan rang undang-undang kontroversi Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, tetapi pendirian MCA berhubung perkara itu masih kurang jelas.

Ditanya perkara itu, Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon tidak memberikan jawapan langsung, sebaliknya meminta pihak media mengikuti perbahasan itu esok.

“Majlis presiden MCA dan senator-senator kami sudah bermesyuarat. Kami akan suarakan pendirian MCA pada perbahasan Isnin.

“Senator-senator kami masing-masing akan bentangkan pendirian MCA sewaktu debat dan kami juga sudah bawa perkara ini ke kabinet,” kata timbalan menteri pendidikan itu katanya di Kepong hari ini.

Ditanya lagi sama ada MCA akan mengundi menolak undang-undang itu, Chong sekali lagi meminta wartawan menunggu perbahasan esok.

Ditanya sama ada MCA membenarkan senatornya mengundi pilihan sendiri, beliau terus mengulangi jawapan sebelumnya.

Sebagai anggota kabinet, Chong tidak dapat mengambil bahagian dalam perbahasan itu susulan konvensyen bahawa semua menteri dan timbalan menteri terikat dengan pendirian bersama kerajaan dan tiada pandangan individu dibenarkan.

Rang undang-undang itu ditolak kumpulan aktivis yang bimbang dengan penganugerahan kuasa kepada perdana menteri untuk mengingstiharkan sesebuah kawasan keselamatan dan kemudian membuat tangkapan.

Kerajaan mempertahankan undang-undang itu demi membolehkan tindakan segera diambil bagi membendung keadaan kecemasan.

Tiada ulasan: