Isnin, 21 Disember 2015

Ruang parkir sebelah LRT Taman Jaya terbakar

Ruang parkir LRT Taman Jaya terbakar


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Dua buah kereta musnah manakala empat lagi kereta hampir musnah selepas parkir kereta berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.

Pihak bomba dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 1.32 petang tadi.

"Kebakaran melibatkan enam buah kereta yang diletakan di parkir, Toyota Vios dan Proton Wira musnah 100 peratus; Suzuki Swift musnah 80 peratus; Proton BLM musnah 70 peratus;  Proton Gen2 musnah 20 peratus dan Honda musnah 20 peratus," kenyataan itu dipetik.

Dalam pada itu, pihak bomba juga memaklumkan bahawa seramai enam anggota yang terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan berkata, kebakaran yang berlaku di parkir bersebelahan dengan Stesen LRT Taman Jaya itu tidak menjejaskan perjalanan perkhidmatannya.

“Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi LRT tidak terjejas dan ia berjalan seperti biasa,” petik kenyataan itu.

Tiada ulasan: